Wednesday, October 14, 2009
adeh.....
Thursday, October 1, 2009
jg 2bf...fuh...
Thursday, September 10, 2009
indu sgt.....nk lik kg.....huhuhuhu

Sunday, August 30, 2009
SALAM KEMERDEKAAN!!!!!
SALAM SEMUA.....
31 0gos.....dh 52 tahun kita merdeka...kita ni semua anak-anak selepas kemerdekaan.....alhamdulillah, kita menyambutnya serba sederhana, kerana menghormati bulan Ramdhan yang mulia ni.....kalau tak, erm....mesti banyak pembaziran dan masalah sosial yang berlaku... Otomen duk kt bilik je....Pe2pun , bulan Rmadhan ni memang best...walaupun banyak keseorangan, namun itu semua mengajar kita tentang erti kehidupan.
31 0GOS...... 1957... dh 52 tahun usia perkahwinan mak ayah otomen.... dn SELAMAT HARI LAHIR YANG ke-51 BUAT KAKAK SULUNG OTOMEN , PUAN NORAINI IBRAHIM a.ka Kak Yong sempena 31 Ogos....tahun ini.. ...alhamdulillah... beliau seorang kakak yang gigih dn banyak berkorban untuk anak-anaknya, separuh anak-anaknya kini, iaitu anak-anak saudara otomen memasuki universiti dan separuh lagi masih bersekolah... TQ kak yong..4 everything...mayb ye x bc pon ni...hahaha...tp otomen cyg semua akak2 abg2 n adik otomen walaupun otomen ni degil n nakal dr dl hingga kini...hihi..
Kemerdekaan mengingatkan kita kepada perjuangan orang-orang terdahulu...Tapi, dalam masa yang sama, kita kena ingat juga, pengorbanan orang2 yang tersayang dalam melihat kajayaan kita....juga perjuangan para pejuang dan ilmuan Islam kita....sama2 fikirkan...Kerana kemerdekaan itu luas pengertiannya..dan berfikirlah secara positif...kita kn anak-anak MALAYSIA !!!!!!! SATU MALAYSIA, alhamdulillah...... semoga Mlaysia terus makmur dan tiada sengketa lagi...amin....
p/s : OTOMEN xsbr nk lik kg...hehehhehe
Saturday, August 29, 2009
Terjemahkan buku saintifik ke BM...erm...

puasa....puasa...puasa....
Lebih 60 peratus (dua pertiga) struktur badan manusia dibina daripada air, elemen utama kehidupan. Berbanding nutrien lain yang diperlukan untuk tenaga badan, air merupakan satu keperluan asas yang diperlukan untuk badan terus berfungsi.
Kekurangan air badan (dehidrasi) boleh menjejaskan kesihatan dan juga mengancam nyawa bagi situasi kehilangan air berlaku secara berterusan (seperti muntah dan cirit-birit).
Untuk memastikan badan mempunyai bekalan air secukupnya sepanjang waktu berpuasa, kita perlu menilai keperluan badan berdasarkan aktiviti harian, kesihatan diri dan juga cuaca.
Mereka yang kurang sihat, banyak melakukan aktiviti fizikal (berjalan, berlari) atau meredah cuaca panas memerlukan lebih banyak air dari biasa. Amalkan bersahur supaya dapat minum air secukupnya sebelum mula berpuasa.
Dehidrasi juga boleh berlaku akibat pengambilan kafein dan ubat tertentu, masalah sistem penghadaman, banyak berpeluh dan juga kandungan gula di dalam darah yang tinggi (diabetes). Adalah lebih baik mengamalkan pengambilan air kosong berbanding minuman berkafein, serta mendapatkan nasihat doktor mengenai ubat yang mungkin memberi kesan kepada kandungan air badan.
Kekejangan
Antara kesan dehidrasi dan terlalu banyak aktiviti fizikal di siang hari adalah kekejangan otot. Kekejangan otot juga tidak terhad kepada otot kaki, malahan otot leher, belakang, perut dan sebagainya.
Urutan lembut, regangan serta menggunakan sesuatu yang suam atau sejuk juga mungkin dapat membantu. Haba dapat meningkatkan aliran darah permukaan, menjadikan otot lebih fleksibel dan mengurangkan rasa kejang.
Tekanan atau urutan kuat pada otot yang kejang pula hanya akan memburukkan lagi keadaan. Menggunakan sesuatu yang terlalu panas atau terlalu sejuk juga boleh membawa kepada kekejangan otot.
Asas yang ingin ditekankan di sini adalah pengambilan air secukupnya mengikut aktiviti fizikal, kesihatan badan dan cuaca. Elakkan berlakunya kekejangan mahupun mana-mana masalah kesihatan akibat kekurangan air atau nutrien keperluan badan.
Amalkan bersahur dan berhemah ketika berbuka. Jangan tidur dijadikan alasan tidak bersahur dan jangan puasa dijadikan alasan 'membalas dendam' ketika berbuka. Jagalah keseimbangan berpuasa, mengikut keperluan agama dan juga badan. ...hehhee.. - otomen
Friday, August 28, 2009
FAKTA : DNA BOLEH DIPALSUKAN
WASHINGTON - Seorang penyelidik berjaya membuktikan bahawa asid deoxyribonucleic (DNA) boleh dipalsukan, demikian menurut kajian yang diterbitkan jurnal Forensic Science International: Genetics.
Sebuah akhbar semalam melaporkan, Dr. Dan Frumkin mendedahkan bahawa, penyelidik mampu memadamkan semua kesan DNA daripada sampel darah dan memasukkan bahan genetik individu lain di tempat kejadian jenayah.
Pertukaran sampel tersebut turut berjaya memperbodohkan saintis forensik yang menjalankan ujian pengesanan cap jari untuk pengesahan bukti DNA bagi kegunaan penyiasatan mahkamah di Amerika Syarikat (AS) sendiri.
Perkembangan terbaru itu mungkin mencetuskan senario sampel darah atau air liur yang lazim menjadi standard DNA diubah dengan individu tidak bersalah.
"Jika anda boleh memalsukan darah, air liur atau tisu lain, anda boleh menjadi jurutera kejadian jenayah. Pelajar biologi di universiti pun boleh melakukan perkara ini," katanya yang memiliki sebuah syarikat pengeluar kit pengesahan DNA asli.
Tuesday, August 4, 2009
hrni...adeh...he..indu kg...

pe2pon, klu ade rezki, teringin gk blik kg...tp bln 8 ni...ade rcgn luar...maknenyer mmg kena stay ukm r...erm....kwn2....da janji,kite kena tepati...nk cr kwn sejati pyh bebenor....so, klu kita ade...kite kena hargai r..tol x???
otomen xde sgt kwn..musuh ramai r...raksasa2 r...wakakakakkaa....sok kena jumpe penyelia......huhu...tesisku....apa kate daku rasuah penyelia ngan duyan...wakakkakaka......duyan...musim ko tlh blalu...skrg duku,lgsat......huhuhu......duyan celup byk r....
okies.....duyan...otomen nk mimpi duyan mlm ni...mimpi tesis sok2 r...hahhaa....adios....huhu...indu kg ku.....lalalallalalalalalaaaa...
Monday, August 3, 2009
SKRIN SENTUH PINTAR
Beratnya hanya 135 gram, lebih kecil daripada iPhone. Namun,
ia menyediakan teknologi yang menjadi pilihan pengguna telefon bimbit hari ini.
SEBAGAI sebuah gajet berskrin sentuh berbilang, telefon pintar Palm Pre hadir dengan papan kekunci QWERTY gelongsor vertikal penuh dan aselerometer. Palm Pre yang dilengkapi kemudahan WiFi ini juga disertakan dengan Sistem Pengesanan Global (GPS), Bluetooth 2.1 dan sokongan stereo serta memori simpanan sebesar lapan gigabait.
Dengan paparan seluas 3.1 inci dan beresolusi 320x480, paparan skrin sentuh menjangkaui sehingga ke pusat butang (bahagian gesture). Bahagian ini diwujudkan untuk melancarkan sebarang aplikasi pada gajet ini.
Ia turut dilengkapi kamera 3.0 megapiksel bersama flash LED dan perisian DSP. Gajet yang memiliki sokongan USB 2.0 pada kadar kepantasan tinggi ini juga direka bagi keselesaan tangan pengguna.
Pada berat 135 gram, saiz Palm Pre adalah lebih kecil daripada sebuah iPhone dan telefon bimbit lain yang ada di pasaran ini.
Sistem Operasi (OS) Palm Web sumber terbuka ini membolehkan maklumat dan gaya hidup pengguna yang sibuk diselaraskan dengan hanya satu sentuhan jari.
Antara muka pengguna (UI) skrin rumah memiliki widget aplikasi suai padan yang beroperasi di bawah paparan. Hanya satu sentuhan jari pada widget, aplikasi tersebut akan muncul.
LAMPU MODEN CEMAR HIDUPAN...FAKTA!!!
WASHINGTON - Sepasukan penyelidik antarabangsa mendapati pantulan lampu moden daripada bangunan atau tiang lampu jalan boleh memberi kesan pencemaran kepada alam.
Malah, dalam laporan diterbitkan jurnal Ecology and the Environment, mendedahkan sinaran struktur lampu itu boleh mengelirukan haiwan selain mengubah tingkah laku hidupan.
Seorang pakar ekologi Universiti Michigan State, Bruce Robertson berkata, spesies burung, reptilia dan serangga antara haiwan paling teruk mengalami kebingungan akibat lampu itu.
"Mata hidupan ini banyak bergantung kepada sinaran pantulan seumpama perangkap ekologi apabila mereka keliru menyangka lampu itu adalah sumber air," katanya.
P/S : otomen baca artikel ini... dekat Kosmo...bila time kita belajar pasal lampu?? time subek Sains sek ren dl kn....lampu memang sangat penting..namun...selain membawa kebaikan..ianya juga membawa keburukan... ini kajian dekat luar..hope ada kajian yang lebih saintifik di Malaysia...
masalah muda-mudi.....aduhai...
Mayat bayi dalam mangkuk tandas

GURUN - Jika sebelum ini suasana Sekolah Menengah Agama Pekan Gurun di sini sentiasa aman namun semalam keadaannya bertukar kecoh apabila seorang guru terkejut menemui satu mayat bayi dalam mangkuk tandas guru wanita di sekolah itu.
Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Hashim Ali berkata, mayat bayi yang tidak berpakaian itu ditemui oleh seorang guru wanita pada pukul 8 pagi semasa beliau pergi ke tandas itu.
Menurut beliau, daripada keadaan mayat, bayi yang masih bertali pusat itu dipercayai telah mati dalam tempoh dua hari lalu.
"Polis yang memeriksa mayat bayi itu menemui kesan darah kering pada badan bayi yang sudah cukup sifat itu.
"Bayi itu dipercayai telah dibuang atau mati dalam mangkuk tandas itu sejak Jumaat lalu iaitu semasa sekolah itu cuti," kata beliau di sini semalam. ( SUMBER : S/KBR KOSMO )
p/s : Ini berita hari ini...fuh...bahaya betul.....otomen tk terkejut sangat pun...tapi bila melibatkan sekolah agama...memang dah kronik remaja sekarang....ermmm.....
Sunday, August 2, 2009
salam...selamat pagi...
Saturday, August 1, 2009
isu hrtu...isu mansuh Upsr......
buat sket2, lm2 siap r...hehee
apa itu linguistik ???
bgn tdo...da pk tesis...
ak kembali keseorangan
pencemaran bahasa???
Friday, July 31, 2009
ini fakta kesihatan....penyakit jantung...fuh.....takut r otomen..
DERUAN jantung (murmur) ialah bunyi bising yang dapat didengar apabila darah mengalir melalui jantung. Kebanyakan deruan jantung ini dikatakan tidak berbahaya yang bermaksud jantung anak anda tidak bermasalah.
Bunyi jantung ini boleh wujud sekali sekala sepanjang zaman kanak-kanak dan boleh bertambah kuat atau perlahan bergantung kepada denyutan jantung anak anda.
Kebanyakannya akan semakin sukar untuk didengar apabila anak anda semakin membesar dan lama-kelamaan akan hilang dengan sendirinya.
Kadangkala bunyi jantung ini boleh menjadi tanda penyakit jantung contohnya jantung berlubang, injap jantung bocor dan injap jantung yang sempit.
Sekurang-kurangnya 30 peratus kanak-kanak akan ada deruan jantung ini pada satu masa yang tertentu dalam hidup mereka.
Bagaimanakah ia dikesan?
Jika tiada tanda-tanda atau gejala yang lain, deruan jantung ini biasanya dikesan apabila kanak-kanak datang berjumpa doktor untuk pemeriksaan kesihatan atau imunisasi. Deruan jantung ini mungkin adalah tidak berbahaya atau mungkin boleh dikaitkan dengan penyakit jantung.
Jika ada masalah sakit jantung, anak anda mungkin akan mengalami:
lSesak nafas ketika bermain atau menyusu
lDenyutan jantung yang laju
lWarna lidah dan kuku yang kebiruan
lPembesaran terbantut
bhs etnik subjek elektif???wah.....
KOTA KINABALU 22 Julai - Kerajaan bersedia menyenaraikan bahasa etnik dan Orang Asli seperti Iban, Kadazandusun dan Semai sebagai subjek elektif di sekolah tambahan kepada beberapa bahasa antarabangsa yang boleh dipelajari kini.
Timbalan Menteri Pelajaran, Dr. Mohd. Puad Zarkashi berkata, langkah itu bertujuan mengiktiraf kepentingan bahasa pelbagai kaum di negara ini setanding bahasa asing seperti Perancis, Jerman dan Jepun.
Bagaimanapun beliau menegaskan, keputusan itu bergantung kepada kesediaan guru untuk mengajar bahasa berkenaan.
''Kerajaan sedia membantu kerana untuk menyediakan buku teks, memang kita sudah ada kemampuan.
''Untuk bahasa antarabangsa seperti Perancis dan Jepun memang sudah diperkenalkan di sekolah berasrama penuh," katanya pada sidang akhbar selepas melancarkan buku Puralan Boros Kadazandusun Id Sikul (Pelajaran Bahasa Kadazandusun di Sekolah) di sini hari ini.
Hadir sama Pengarah Pelajaran Sabah, Datuk Normah Gagoh dan Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Bahasa Kadazandusun, Tan Sri Simon Sipaun.
Mohd. Puad berkata, berdasarkan trend semasa, pengajaran bahasa etnik sebagai subjek elektif masih belum menyeluruh dan hanya bertumpu di kawasan atau daerah yang mempunyai ramai penutur bahasa berkenaan.
Bagaimanapun beliau menambah, pengajaran bahasa Kadazandusun sebagai subjek elektif telah menunjukkan peningkatan apabila seramai 700 pelajar yang mengambil kertas ujian bahasa berkenaan akan menduduki Penilaian Menengah Rendah (PMR) Oktober ini.
''Mereka merupakan sebahagian daripada kira-kira 20,000 pelajar di negeri ini yang mengambil subjek Bahasa Kadazandusun sebagai elektif," katanya.
Berdasarkan statistik, Sabah kini mempunyai seramai 17,000 murid mengambil subjek Bahasa Kadazandusun di 205 sekolah kebangsaan manakala, 1,900 pelajar di sekolah menengah.
Selain itu, terdapat sebanyak 701 guru subjek Bahasa Kadazandusun kini bertugas di 621 sekolah rendah dan 80 sekolah menengah di negeri ini.
Sementara itu Mohd. Puad berkata, Kesusasteraan Inggeris yang akan diperkenalkan pada sesi persekolahan Januari depan diyakini lebih berkesan melahirkan pelajar fasih berbahasa Inggeris berbanding pelaksanaan Pembelajaran dan Pengajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI). ( SUMBER : S/KBR KOSMO )
hr jumaat....
otomen pun ade tesis gk....hehe
slmt pg...hehe
Thursday, July 30, 2009
Solat yang dikaji secara saintifik...ade kelebihan...masyaAllah
Begitu istimewa sekali ibadah solat sehingga Rasulullah SAW naik ke langit bagi menerima Rukun Islam yang kedua ini, tidak seperti ibadah-ibadah lain.
Keistimewaan solat menarik minat sekumpulan penyelidik Universiti Malaya (UM) selepas menerima cabaran Tun Abdullah Ahmad Badawi semasa beliau menjadi perdana menteri.
Cetusan berkenaan timbul memandangkan masih belum terdapat kajian yang komprehensif mengenai solat dari segi saintifik.
Kajian solat yang dijalankan oleh Jabatan Kejuruteraan Bioperubatan, Fakulti Kejuruteraan, Universiti Malaya (UM) diketuai oleh Prof. Madya Dr. Fatimah Ibrahim serta Prof. Dr. Wan Abu Bakar Wan Abas dan Ng Siew Cheok menerusi pembiayaan daripada Jabatan Perdana Menteri (JPM).
Dr. Fatimah berkata, kajian yang dijalankan buat masa ini masih di peringkat asas dan bertujuan mengkaji kesan ke atas perkara seperti komposisi tubuh badan dan kolestrol.
Sistem jantung dan kardiovaskular, gelombang otak ketika bersolat, kekuatan otot-otot tubuh badan manusia, sakit pinggang bagi orang dewasa serta kesihatan lelaki dan tenaga batin.
"Komposisi tubuh badan manusia meliputi parameter bioimpedance, kuantiti air intra selular dan ekstra selular, jisim sel badan, kadar lemak dan kolestrol dalam darah.
"Pengukuran parameter ini amat penting dalam menentukan tahap metabolisme, kecergasan dan kesihatan seseorang individu," katanya yang menjalankan kajian mengenai komposisi badan.
Kajian komposisi badan terbahagi kepada dua iaitu kebaikan solat zohor dan solat tarawikh terhadap komposisi badan.
Dr. Fatimah berkata, pergerakan solat yang melibatkan keadaan berdiri tegak, rukuk, duduk dan sujud secara tertib dan berulang boleh diumpamakan sebagai senaman ringan.
"Kami menjalankan kajian komposisi badan semasa seseorang bersolat Zohor secara jemaah dengan 47 orang peserta berusia 18 hingga 28 tahun," katanya.
Pengukuran analisis bioimpedans (BIA) (kaedah yang digunakan untuk mengukur komposisi badan) diambil sebelum dan selepas solat Zohor secara berjemaah.
Bagaimanapun lima tabiat lazim peserta perlu diambil kira meliputi amalan solat yang sempurna, tahap pemahaman bacaan, menunaikan solat secara berjemaah atau sendirian, kedudukan tulang belakang semasa rukuk dan keadaan jari kaki semasa sujud, duduk antara dua sujud dan tahiyat akhir.
Dr. Fatimah berkata, keputusan menunjukkan mereka yang mengamalkan solat yang sempurna mempunyai tahap kesihatan yang lebih baik berbanding mereka yang tidak melakukannya dengan sempurna.
Kajian berkenaan kata Dr. Fatimah menunjukkan solat lima kali sehari semalam selain ibadah dapat mengurangkan lemak dalam badan.
"Apabila gumpalan lemak dalam badan berkurangan, tisu otot baru meningkat, memenuhi ruang, melambatkan proses penuaan dan kekenduran tisu," katanya.
Tabiat mengamalkan kedudukan tulang belakang lurus melintang ketika rukuk melambatkan proses penuaan, tisu bertambah aktif, proses imbangan air dalam badan lebih baik dan melancarkan fungsi buah pinggang.
Manakala sistem jantung dan kardiovaskular amat penting bagi kesihatan manusia dan dipengaruhi oleh kekenyalan arteri.
Jika kekenyalan arteri terutama di bahagian jantung berkurangan, ia boleh menyebabkan berlaku penyakit arterioskerosis koronari.
Pengekalan kekenyalan arteri amat penting dalam memelihara sistem kardiovaskular yang sihat.
Ibadat solat, kata Dr. Fatimah, bukan saja melibatkan bacaan surah al-Quran tetapi juga pergerakan anggota badan seperti berdiri, rukuk, sujud dan duduk tahiyat.
"Kajian menunjukkan kedudukan seperti rukuk, sujud dan duduk membantu memberikan keadaan rehat kepada jantung.
Sujud
"Malah kita digalakkan memanjangkan tempoh posisi sujud kerana kedudukan ini menghasilkan kadar denyutan jantung paling rendah," katanya.
Ng Siew Chok yang menjalankan kajian otak dalam solat berkata, setiap pergerakan manusia menghasilkan corak gelombang otak yang tertentu dan unik.
Gelombang otak yang dihasilkan ketika pergerakan meliputi gelombang alfa, beta dan gamma.
Kajian akan dilakukan ke atas gelombang otak yang dihasilkan ketika bersolat pada setiap posisi seperti rukuk, sujud, iktidal dan duduk semasa tahiyat.
"Solat jelas secara umumnya melibatkan pembacaan serta penghayatan ayat suci al-Quran, doa-doa serta pergerakan yang didapati menyamai meditasi.
"Semasa solat, berhenti seketika sebelum bertukar posisi atau tamakninah boleh dikatakan seseorang berada dalam ketenangan," katanya.
Dalam kajian ini isyarat otak subjek Muslim yang bersolat direkod dan dianalisis, di mana dua kajian saintifik dilakukan iaitu perubahan isyarat otak semasa tamakninah dan kesan solat kepada isyarat otak.
Hasilnya, kata Siew Cheok, didapati ibadat solat menghasilkan keadaan tenang kepada otak manusia dan menunaikan solat amat baik dalam mengekalkan tahap kestabilan mental dan emosi seseorang.
Kajian juga menunjukkan ibadat solat dapat meningkatkan penumpuan dan daya ingatan.
Maka solat dapat menyediakan otak untuk lebih bersedia dalam menghadapi tugas-tugas yang lebih mencabar.
"Dan biasanya selepas melakukan solat, seseorang akan menjadi lebih berwaspada untuk bertindak balas terhadap sebarang rangsangan," katanya.
Pergerakan solat meliputi berdiri tegak, rukuk, sujud dan duduk melibatkan pergerakan seluruh otot tubuh badan.
Pergerakan otot-otot secara isotonik dan isometrik meningkatkan fungsi dan kekuatan otot dan kajian yang dilakukan merangkumi otot utama yang penting kepada kesihatan manusia.
Pergerakan relatif
Ibadah solat kata Prof. Wan Abu Bakar melibatkan banyak pergerakan relatif antara sendi selain postur tertentu semasa solat juga meletakkan otot pada kedudukan mengecut, santai atau mengembang.
"Selain ibadah, solat boleh dianggap sebagai senaman fizikal yang sederhana yang melibatkan pergerakan badan seperti berdiri, tunduk, duduk dan sujud.
"Sakit pinggang merupakan masalah yang biasa berlaku bagi golongan dewasa dan mereka yang bekerja," katanya yang menjalankan kajian otot dalam solat.
Terapi senaman melalui pergerakan solat yang betul dapat mengembalikan keupayaan kelenturan badan, mengekalkan postur badan yang ideal dan membantu mengurangkan sakit pinggang.
Dr. Fatimah berkata, pergerakan solat terutama rukuk dan sujud didapati menyamai beberapa pergerakan senaman stabilisasi dan regangan belakang.
"Pergerakan rukuk hampir sama dengan senaman 'selamat pagi' yang bukan saja dapat membantu regangan otot pada bahagian paha tetapi juga melatih koordinasi otot belakang kaki," katanya yang juga menjalankan kajian mengenai solat dan sakit pinggang.
Kajian yang dijalankan merumuskan pergerakan dalam solat dapat memberikan kebaikan dalam memulihkan dan membantu mengembalikan kenormalan fungsi aktiviti otot erektor spina terutama bagi mereka yang mengalami sakit pinggang.
Justeru, jelas beliau pergerakan rukuk semasa solat boleh digunakan sebagai terapi untuk merawat sakit pinggang.
Selain itu, pergerakan fizikal atau senaman sederhana secara berterusan dapat mencergaskan sistem andrologi dan meningkatkan kekuatan tenaga batin lelaki.
Solat fardu yang dilakukan lima kali sehari di samping solat sunat serta sunat tahajud sebagai pelengkap ibadah merupakan satu terapi yang memberikan kesan positif ke atas sistem andrologi dan kekuatan tenaga batin lelaki.
Kajian yang dijalankan menunjukkan senaman pengaktifan otot lantai pelvik oleh penyelidik Van Kampen membuktikan senaman dapat melancarkan pengaliran darah dan mengurangkan masalah disfungsi ereksi atau mati pucuk.
"Bagaimanapun banyak lagi kajian lanjut yang sedang dijalankan bagi mengkaji lebih lanjut mengenai solat," katanya. ( SUMBER : S/KBR KOSMO )