Friday, August 28, 2009

FAKTA : DNA BOLEH DIPALSUKAN


WASHINGTON - Seorang penyelidik berjaya membuktikan bahawa asid deoxyribonucleic (DNA) boleh dipalsukan, demikian menurut kajian yang diterbitkan jurnal Forensic Science International: Genetics.

Sebuah akhbar semalam melaporkan, Dr. Dan Frumkin mendedahkan bahawa, penyelidik mampu memadamkan semua kesan DNA daripada sampel darah dan memasukkan bahan genetik individu lain di tempat kejadian jenayah.
Pertukaran sampel tersebut turut berjaya memperbodohkan saintis forensik yang menjalankan ujian pengesanan cap jari untuk pengesahan bukti DNA bagi kegunaan penyiasatan mahkamah di Amerika Syarikat (AS) sendiri.

Perkembangan terbaru itu mungkin mencetuskan senario sampel darah atau air liur yang lazim menjadi standard DNA diubah dengan individu tidak bersalah.

"Jika anda boleh memalsukan darah, air liur atau tisu lain, anda boleh menjadi jurutera kejadian jenayah. Pelajar biologi di universiti pun boleh melakukan perkara ini," katanya yang memiliki sebuah syarikat pengeluar kit pengesahan DNA asli.
( SUMBER ; KOSMO 20/8/09 )
P/S : Dunia semakin mencabar sekarang. Semua benda boleh di klon... sekarang DNA juga boleh dipalsukan... Inilah masalahnya jika terlebih bijak, akal diletakkan begitu tinggi mengatasi peradaban dan agama manusia..... fuh....

No comments: