Monday, August 3, 2009

masalah muda-mudi.....aduhai...

Mayat bayi dalam mangkuk tandas


SEBUAH jentera bomba keluar dari Sekolah Menengah Agama Pekan Gurun, Kedah semalam selepas mengeluarkan mayat bayi dari mangkuk tandas semalam.



GURUN - Jika sebelum ini suasana Sekolah Menengah Agama Pekan Gurun di sini sentiasa aman namun semalam keadaannya bertukar kecoh apabila seorang guru terkejut menemui satu mayat bayi dalam mangkuk tandas guru wanita di sekolah itu.

Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Hashim Ali berkata, mayat bayi yang tidak berpakaian itu ditemui oleh seorang guru wanita pada pukul 8 pagi semasa beliau pergi ke tandas itu.

Menurut beliau, daripada keadaan mayat, bayi yang masih bertali pusat itu dipercayai telah mati dalam tempoh dua hari lalu.

"Polis yang memeriksa mayat bayi itu menemui kesan darah kering pada badan bayi yang sudah cukup sifat itu.

"Bayi itu dipercayai telah dibuang atau mati dalam mangkuk tandas itu sejak Jumaat lalu iaitu semasa sekolah itu cuti," kata beliau di sini semalam. ( SUMBER : S/KBR KOSMO )

p/s : Ini berita hari ini...fuh...bahaya betul.....otomen tk terkejut sangat pun...tapi bila melibatkan sekolah agama...memang dah kronik remaja sekarang....ermmm.....

No comments: