Saturday, August 1, 2009

isu hrtu...isu mansuh Upsr......

Ada mendakwa UPSR hanya menjurus kepada konsep pencapaian pendidikan melalui peperiksaan yang memerlukan murid lulus subjek tertentu untuk layak ke sekolah berasrama penuh.Bagaimanapun, ini dikatakan tidak membantu menentukan tahap sebenar akademik murid.Ujian penilaian itu tidak menggalakkan murid mengambil berat mendalami subjek lain seperti Sejarah dan Pendidikan Islam kerana subjek itu tidak menjadi syarat lulus dalam ujian berkenaan.
Walaupun kerajaan belum bercadang memansuhkan peperiksaan itu, tetapi ia memerlukan pengubahsuaian dan penambahbaikan bagi mengelak ia dianggap tidak relevan.Tokoh Guru Negeri Perlis 2009, Kamarudin Che Kassim, berkata UPSR masih relevan dan tidak harus dimansuhkan.Beliau berkata, UPSR adalah penilaian murid di sekolah rendah dan bukannya satu peperiksaan besar seperti Penilaian Menengah Rendah (PMR) dan Sijil Peperiksaan Malaysia (SPM)."Masyarakat perlu tahu, UPSR diwujudkan bagi melihat pencapaian murid selepas enam tahun di sekolah rendah."
Melalui UPSR kita dapat menilai mereka dari segi pelajaran, sahsiah dan kebolehan selain kesediaan melangkah ke sekolah menengah."Justeru, tidak ada sebab UPSR perlu dimansuhkan sebaliknya perlu ditingkatkan dari semasa ke semasa," katanya.Mengimbas kembali sejarah UPSR, ia bermula pada 1957 dengan pengenalan Malayan Secondary School Entrance Examination (MSSEE).Ia kemudiannya dimansuhkan dan digantikan dengan Penilaian Darjah Lima (PDL) yang berlanjutan sehingga 21 tahun sebelum dimansuhkan pada 1988.Pada 1973, Ujian Darjah Tiga (UDT) dimulakan untuk tempoh sembilan tahun sehingga dimansuhkan pada 1982.Dengan ketiadaan PDL dan UDT, peperiksaan peringkat sekolah rendah digantikan dengan UPSR pada 1988 sehingga kini.Kamarudin yang menjadi pendidik selama 33 tahun, berkata masyarakat terutama ibu bapa faham tujuan UPSR di laksanakan."Sepanjang menjadi pendidik, ada ibu bapa yang merungut anak mereka hanya mendapat dua A dalam UPSR."Dalam situasi ini, ibu bapa menyalah tafsir UPSR dengan menekan anak-anak belajar termasuk menghantar ke kelas tambahan semata-mata untuk mendapatkan A dan memasuki asrama penuh."Tidak salah memberi galakan kepada anak untuk memperoleh keputusan yang cemerlang, tetapi jangan membebankan kerana mereka masih mentah," katanya.Sementara itu, Setiausaha Agung Gabungan Pelajar Semenanjung Malaysia (GPSM), Mohd Nordin Awang, berkata UPSR masih relevan terutama menilai pencapaian murid di sekolah rendah."Jika UPSR dimansuhkan, murid-murid akan belajar sambil lewa kerana tidak ada peperiksaan besar perlu hadapi."
Mereka juga tiada daya saing untuk mendapat pencapaian yang lebih baik," katanya.Menurutnya, cadangan memansuhkan ujian penilaian itu mungkin disebabkan ada berpendapat UPSR itu hanya digunakan untuk menentukan murid ke asrama penuh."Pandangan itu tidak tepat kerana jika mereka memberi alasan itu, lambat-laun PMR juga akan dimansuhkan kerana lulus atau gagal seseorang pelajar itu, mereka tetap meneruskan persekolahan," katanya.Nordin meminta masyarakat tidak melihat UPSR sebagai tiket ke sekolah berasrama penuh semata-mata sebaliknya mengambil kira keseluruhan kokurikulum dan sahsiah murid terbabit.Walaupun UPSR tidak penting seperti PMR dan SPM, ia perlu dilaksanakan kerana dengan adanya peperiksaan, murid lebih bersemangat dalam pelajaran. ( SUMBER : S/KBR UTUSAN MALAYSIA )
p/s : p kls PB, lecturer tu mbincangkn mengenai isu mansuh UPSR..beliau sgt bsetuju......tp yg ni, artikel ni mengenai xsetuju mansuh UPSR...... so, korang rs cmner????

buat sket2, lm2 siap r...hehee

ok....hr ni da cr bhn lg dkt pusat sumber ppbl...sok2 ak nk p lanang.....mlm ni, nk ciapkn bab 1....sekurang2nya, buat sesuatu daripada x wt lgsg...insya Allah...chayok3!!!!!

apa itu linguistik ???

salam....
bile ak buat tesis...ak mula menerokai kembali apakah itu linguistik...sememangnya bahasa ini mmg keperluan kerana ianya digunakan sehari-hari...daripada bahasa itulah, adanya linguistik...linguistik adalah kajian yang lebih saintifik terhadap sesuatu bahasa....dalam linguistik ni pulak, ada banyak cabang....cthnya, morfologi, fonologi dan sebagainya....
Dulu, time ak stpm, ak knl bidang linguistik (yg btol2nye) ms cg BM1 ajo ak...ye course Linguistik ukm....ms ye ngajar, mmg bdk2 leh fhm......pgjrn yg sgt best....Bm1 pun jd mudah score.....time tu lh ak th mengenai linguistik......walaupun x byk, tp sedikit sebanyak ianya pdedahan awal buat ak... dulu, aksuka bab tatabahasa....kalu wt karangan, kacang r...hahhaa....tp dulu....skrg....kena improve lg....bile kita duk U, title mmg tinggi, tp ego lg tinggi...hahaa..bkn ak je, tp ramai yg x nk akuinya..pe2pun, jd bdk sek mmg best...dr ctu kiter knl byk bnda...dr form 6 jgklh, ak leh jd antara best student...masuk UKM ni....Walaupun Linguistik pilihan kelima.....tapi ianya ttp slh satu plihan 'pertama' ak sebab 4 pilihan yg atas adalah pendidikan....
'CG, otomen nk ucap tq walaupun th cg x byk blog ni...hehhe...mmg thn pertama kt ukm ni, belajar linguistik, cm x th pape je...da masuk thn ke-2, otomen da fhm sket2....n thn 3 ni...walaupun belum thp pro lg, tp sedikit pengalaman yg ade ni telah byk mngajar otomen ttg erti ilmu n khdpn.....'
so, otomen akan terus berusaha memantapkan ilmu linguistik dan ilmu-ilmu lain kerana ilmu itu tiada batasan....
semua dating tpakse dimansuhkan demi tesis yang tcinta....hahahahhahaa (bjuang krn ilmu, amin... )

bgn tdo...da pk tesis...

ak tdo je ptg ni...Fening sket...mlm ni nk nk wt tesis....bab 1 lum ciap...kena ciapkan...cik penyelia nk tgk mg dpn....aaaahhhhhh............! ngan tok...bgn dl....da lewat ni...kt m'rib dh.....

ak kembali keseorangan

td ak p pusat sumber.. ade sorang pakcik tu ask ak...sorang je? kwn2 mn...ak ckp diaorg kuar...bile pk2....mmg byk bnda,buat sorang2,lg cpt keje tu....jjr r...mmg kdg2 wt hl sorang2,mudah keje tu..bkn ak je,tp semua owg cmtu...xyah nk ego r..tp...bile ak buang ego ak...tnyata mmg ak need a fren...wah...kt ukm gila besar ni, kwn punyer r ramai....tp kwn yg sejati...pyh sekali.....kwn time senang.....ade r...tp byk kwn....yg jenis....materialistik...plastik...xpelh.....kt ukm ni...ade gk kwn yg sudi kwn ngan ak....huhuhu...otomen....jom naik ke bln...mcari kwn...keh keh...

pencemaran bahasa???

sebagai remaja, otomen x lr drpd mnuturkn bhs rojak n bhs slanga...dan aku akui, ak x lr drpd slh seorg pnutur bhs yg dicemarkn....namun bukanlh hr2...bg ak, pencemaran bhs ni blaku disebabkn peredaran masa yg berlaku begitu cpt..manusia mcipta istilah2 br utk memudahkn, identiti dr, 4 fun, prestij dan sebagainya...mcm ak lak, maybe pengaruh semasa kot...dh jd trend...bhs rojak dan slanga dh jd sebahagian drpd hdup...hahaha...ak kena akui....xmo hipokrit kn...ingt kt malaysia je ke??? setiap ngr pasti mengalami pencemaran bhs...cth kt Amerika, budaya hip hop...dlm lagu....mmggggg mcarut abiss.....dan di Malaysia bg ak, mmg ade..namun tidaklah kterlaluan.....mmglh,klu buke laman web, blog, mmg ade pcemaran bhs....tp tu kn x formal....klu formal...mmmg ilmiah abislh...dan kita sebagai rakyat Mlaysia, terutamnya bdk2 linguistik, seharusnya berbangga kerana kita mempunyai karyawan dan para linguistik serta para ilmuan yang sentiasa peka, berkorban demi bahasa, yakni dan pastinya BAHASA MELAYU !!!!!
otomen pun guna bhs Melayu....hehehe...otomen kt Jepun ckp Jepun r...ni otomen ank jati Malaysia r....wlau apa bangsa, kita kena jg bhs kter...ak remaja...pcemaran bhs mmg isu yg biasa sbb hanya digunakan dlm situasi x formal...Namun, sbagai manusia yg masih punya adat dan budaya berbahasa, apabila bertutur dengan mereka yang harus dihormati, cm orang-orang tua atau para lecturer, bahasa yang sopan harus dituturkan....
bukankah bahasa melambangkan BANGSA ??? SEbagai otomen yg bjiwa rakyat, ak ttp ingt kata2 Hang Tuah, XNK MELAYU HILANG DI DUNIA.... dan otomen juga ingin bkata... XKN BAHASA MELAYU HILANG KT MALAYSIA....so...fikir2kn....selamat beramal....